fbpx

Penduduk terkejut banjir kilat selepas 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hasan (kiri) ketika menyampaikan sumbangan banjir kepada penduduk di Kampung Paroi, di sini, semalam.

SEREMBAN – Penduduk di Kampung Paroi, di sini terkejut apabila kawasan kediaman mereka dinaiki air Rabu lalu selepas 16 tahun bebas daripada banjir.

Muhammad Iqbal Ramli, 32, berkata, kejadian disedari pada pukul 5.30 pagi apabila dia terdengar jeritan sepupunya mengatakan air sungai sudah melimpah ke jalan.

Katanya, dia terus bangun untuk mengalihkan kenderaan dan barangan lain kerana risau rumah mereka berada berdekatan sungai berkenaan.

“Kali terakhir banjir berlaku pada tahun 2008. Masa tu memang banjir besar, air naik lebih dari satu meter sehingga menyebabkan pagar rumah runtuh. Kali ini air naik separas 0.3 meter sahaja, namun beberapa barangan seperti perabut tidak dapat diselamatkan dan rosak.

“Banjir ini menyebabkan saya rugi lebih RM3,000. Saya tak pasti mengapa banjir kilat ini berlaku, namun sejak kebelakangan ini terdapat kerja pembesaran jalan ke Kuala Pilah. Mungkin ini salah satu faktor kejadian banjir berlaku,” katanya ketika ditemui sempena Program Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir di Kampung Paroi, di sini, semalam.

Pada program berkenaan, Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.

Sementara itu, Mohamad yang juga Menteri Luar berkata, selepas banjir kilat tahun 2008 itu, sungai telah didalamkan dan juga dibina gabion bagi mengelakkan kejadian banjir kilat.

Bagaimanapun menurutnya, kejadian tersebut berlaku selepas 16 tahun sehingga menjejaskan kira-kira 40 buah rumah yang terdapat di sepanjang sungai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI