fbpx

Pelancong lemas di Pulau Memutik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelancong lelaki warga China ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di Pulau Memutik, Pulau Gaya petang semalam. Foto Ihsan Polis

KOTA KINABALU – Seorang pelancong lelaki warganegara China ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di Pulau Memutik, Pulau Gaya semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, mangsa berusia 25 tahun dikatakan melakukan aktiviti berkenaan bersama tujuh individu termasuk jurulatih selam di sekitar pantai pulau terbabit.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak kembali ke pantai sejurus aktiviti menyelam selesai sebelum dua kakitangan yang menjumpai mangsa membawa mangsa ke pantai dan memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan disahkan meninggal dunia oleh doktor pada pukul 4.10 petang.

“Siasatan pegawai penyiasat kes ini mendapati tiada unsur jenayah kerana mangsa dipercayai mati lemas ketika aktiviti menyelam. Bedah siasat oleh HQE akan dibuat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI