fbpx

Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki bercakap pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Daerah Kota Bharu mencatatkan tangkapan paling tinggi melibatkan kes judi ‘online’ atau secara dalam talian apabila sebanyak 37 kertas siasatan telah dibuka sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 27 kertas siasatan telah dibawa ke peringkat pendakwaan di mahkamah.

Menurutnya, selain itu, lapan kes tiada tindakan lanjut manakala dua lagi masih dalam siasatan.

“Pasir Mas mencatatkan daerah kedua tertinggi tangkapan kes judi dalam talian apabila merekodkan 27 kertas siasatan diikuti Tanah Merah (24), Machang (23), Tumpat (17) dan Jeli (10).

“Pasir Puteh dan Bachok pula masing-masing sembilan kertas siasatan, Gua Musang (5) dan Kuala Krai (2),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan pada tahun lalu berjumlah 163 kertas siasatan.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 83 kes judi dalam talian telah direkodkan sejak Januari lalu.

“Daripada jumlah tersebut, Pasir Mas dan Tanah merekodkan kertas siasatan paling tinggi iaitu 14.

“Jumlah itu diikuti dengan Kota Bharu sebanyak 13 kes, Bachok (9) manakala Tumpat, Pasir Puteh dan Machang masing-masing dengan tujuh kes, Kuala Krai (6), Jeli dan Gua Musang (3).

“Polis Kelantan mengambil serius kes-kes melibatkan judi secara dalam talian dan operasi akan terus dilakukan untuk membanteras kegiatan tersebut,” ujarnya.

Tambah Muhamad Zaki, kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI