fbpx

Objek angkasa jatuh dari langit, keluarga tetap mahu saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serpihan yang merempuh bumbung rumah Otero di Naples, Florid pada 8 Mac lalu. - NASA

NAPLES, FLORIDA – Sebuah keluarga di negeri Florida mengemukakan saman berjumlah AS$80,000 (RM376,960) terhadap Pentadbiran Aeronatik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) selepas bumbung rumah mereka ditimpa serpihan yang jatuh dari angkasa lepas, lapor akhbar The Guardian semalam. 

Firma guaman Cranfill Sumner berkata dalam kenyataan akhbar bahawa ia memfailkan tuntutan bagi pihak plaintif, Alejandro Otero dan keluarga.

Pada 8 Mac lalu, sebuah logam berbentuk silinder seberat 700 gram terhempas ke rumah Otero yang terletak di bandar Naples. 

Meskipun tiada yang cedera, ia menyebabkan bumbung dan lantai rumah mereka berlubang. 

“Objek itu hampir mengenai anak saya yang berada di bilik atas,” kata Otero kepada saluran berita Wink News. 

NASA kemudian mengesahkan objek tersebut adalah sebahagian daripada palet kargo yang dikeluarkan dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa pada 2021.

Malah, sebahagian serpihan itu kekal utuh dan tidak hancur selepas memasuki atmosfera Bumi sebelum jatuh ke darat. 

Penentuan itu dibuat selepas ia dikumpulkan dan dianalisis di Pusat Angkasa Kennedy. 

Menurut firma guaman tersebut, NASA mempunyai enam bulan untuk menjawab tuntutan itu. 

“Klien saya mahukan pampasan yang mencukupi dengan mengambil kira tekanan dan impak peristiwa ini terhadap kehidupan mereka. 

“Mereka bersyukur kerana tiada sesiapa yang mengalami kecederaan fizikal daripada kejadian ini, tetapi situasi ‘nyaris’ seperti ini boleh membawa malapetaka. Mungkin ada kecederaan serius atau kematian,” kata peguam, Mica Nguyen Worthy. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI