fbpx

MyPPP rasa diketepikan, tidak turun berkempen di Sungai Bakap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOGA BALA bersama pemimpin dan ahli MyPPP Pahang pada Konvensyen MyPPP Pahang.

BENTONG – Parti Progresif Penduduk (MyPPP) membuat keputusan tidak turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap meskipun sebelum ini turun membantu Barisan Nasional (BN) dalam PRK Kuala Kubu Baharu di Selangor.

Pemangku Presiden MyPPP, Datuk Loga Bala Mohan berkata, keputusan itu dibuat demi maruah parti selepas pihaknya berasa diketepikan selepas bertungkus lumus membantu BN dalam PRK Kuala Kubu Baharu di Selangor.

“Pada Mei lalu kita menghadapi PRK Kuala Kubu Baharu di Selangor dan pada masa itu saya telah mengarahkan jentera MyPPP di peringkat nasional dan Selangor untuk turun membantu jentera BN dan kerajaan madani dalam PRK berkenaan.

“Namun setelah tamat PRK di Kuala Kubu Baharu, MyPPP telah diketepikan atau pun tidak diiktiraf dan seterusnya pada hari penamaan calon bagi DUN Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam saya membuat keputusan untuk tidak mengambil bahagian,” katanya pada Majlis Konvensyen MyPPP Pahang di sini hari ini.

Menurut Loga, atas faktor maruah dan kehormatan parti, keputusan terpaksa dibuat mengambil kira kehendak akar umbi yang tidak mahu dipergunakan oleh mana-mana pihak.

Katanya, antara perkara yang dikesali parti adalah mereka tidak pernah dilibatkan dan dijemput dalam mana-mana program selepas PRK Kuala Kubu Baharu sedangkan mereka masih merupakan parti komponen BN.

Katanya, perkara itu menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli-ahli akar umbi seolah-olah keahlian mereka dalam parti komponen BN turut dipersoalkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI