fbpx

Lebih 25 rumah rosak, dua mangsa cedera akibat ribut di Kedah dan Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua mangsa dilaporkan cedera akibat pokok tumbang di Jalan Padang Benta, dekat Kangar awal pagi tadi.

ALOR SETAR – Sekurang-kurangnya 25 buah rumah rosak dalam kejadian ribut yang melanda Kedah dan Perlis awal pagi ini.

Kejadian bermula kira-kira pukul 2 pagi itu turut mengakibatkan banyak pokok tumbang di beberapa lokasi.

Kejadian pokok tumbang di Jalan Padang Benta di Perlis menyebabkan dua mangsa dikatakan suami isteri cedera dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi, sebanyak tujuh buah rumah terjejas akibat ribut di daerah Kubang Pasu, dekat sini kira-kira pukul 2 pagi.

“Selain itu, terdapat 11 lokasi pokok tumbang antaranya di Kampung Kota Siputeh, Kampung Kandis, Pida 2, Kampung Malau, Kampung Teluk Malik, Napoh dan Guar Napai,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kejadian ribut tersebut berlaku dalam tempoh kira-kira 35 minit dan anggotanya telah melakukan operasi pemotongan pokok tumbang dan membersihkan kawasan berkenaan.

Sementara itu, di Perlis, menurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), sebanyak 18 buah rumah terjejas membabitkan 13 kariah antaranya Behor Mentaloon, Bunga Emas, Padang Besar Kurung Anai dan Kampung Chantik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI