fbpx

Keyakinan KL City makin melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAN (kiri) berjaya meledak gol pertamanya bersama KL City sejak berhijrah dari Selangor awal musim ini. - KL CITY FC

PENGENDALI Kuala Lumpur City (KL City) FC, Miroslav Kuljanac mengakui dapat menarik nafas lega selepas melakar kemenangan pertama Liga Super musim ini dengan menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 3-0 kelmarin.

Menurut Kuljanac, barisan pemain The City Boys telah mempamer prestasi membanggakan kerana berjaya mendominasi perlawanan daripada awal sehingga wisel penamat ditiupkan.

“Pasukan bermain baik dan saya puas hati dengan prestasi yang ditampilkan semua pemain apabila banyak aksi serangan selain kawalan penguasaan bola terutama pada babak kedua.

“Cuma, saya tidak faham apabila kita bermain dengan agak berhati-hati selepas mendahului pada babak pertama dan saya pastikan kesilapan tersebut tidak berulang pada 45 minit terakhir,” katanya.

Pada perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu, pasukan pelawat berjaya meraih gol menerusi ledakan Brendan Gan, Paulo Josue dan S. Sharvin.

Kemenangan itu membolehkan KL City melonjak ke tangga ketujuh dengan empat mata selepas membuka tirai Liga Super musim ini dengan keputusan seri 1-1 menentang Kuching City FC pada 12 Mei lalu.

KL City selepas ini akan berdepan Selangor FC untuk aksi seterusnya Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Julai depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI