fbpx

Kempis betul perut Rita Nadira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA NADIRA

SELAIN memiliki paras rupa yang cantik, kehebatan pelakon Rita Nadira juga wajar mendapat pujian. Jadi tidak hairan kalau ada banyak mata yang tertumpu kepadanya sejak kebelakangan ini.

Ini termasuk apabila beberapa foto yang dimuat naik di platform Instagram menarik perhatian pengguna media sosial apabila ada gambar menunjukkan bahagian perutnya.

Apa lagi ada pula mata-mata yang mengatakan pelakon drama Aku Yang Kau Sakiti itu memakai baju tidak cukup kain ketika berada di negara Korea Selatan.

Melihat kepada gambar itu, memang jelas Rita mempunyai bentuk fizikal yang menarik selain bahagian perutnya yang kempis itu kepada khalayak.

Mungkin ada rasa meluahkan pandangan agar Rita lebih sensitif dalam berkongsi gambar selain mengenakan pakaian yang bersesuai meskipun berada di negara orang.

Sedikit sebanyak benar juga komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial itu. Meskipun akaun Instagram tersebut milik peribadi dirinya, namun apabila sudah bergelar pelakon ada beberapa SOP (prosedur operasi standard) bagi mengelakkan kecaman netizen.

Diharapkan mungkin selepas ini Rita lebih peka dengan perkongsian di media sosial atau tidak mencetuskan komen negatif di platform digital itu.

Diva: Sejak kebelakangan ini semakin ramai artis yang turun naik mahkamah syariah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI