fbpx

Juara WSBK minat ‘terjun’ ke MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZGATLIOGLU dikatakan mendapat tawaran daripada Repsol Honda dan Yamaha untuk berlumba pada kempen MotoGP 2025.

LONDON – Pelumba sensasi Turkiye, Toprak Razgatlioglu kini menjadi rebutan beberapa pasukan dalam perlumbaan Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas aksi memukaunya dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) musim ini.

Razgatlioglu yang ber­saing bersama pasukan Jerman, ROKit BMW tahun ini tampil cemerlang dengan me­mimpin carta teratas menerusi 179 mata sekali gus membuatkan beberapa pasukan antaranya Yamaha dan Honda tertarik mendapatkan khidmat pelumba berusia 27 tahun itu.

Spekulasi itu diperkuatkan lagi apabila pengurus Razgat­lioglu, Kenan Sofuoglu menegaskan banyak tarikan pasukan MotoGP mendapatkan khidmat pelumbanya dan turut mengesahkan Razgatlioglu bersedia untuk meninggalkan WSBK peng­hujung musim ini.

“Terdapat banyak minat pasukan dalam perlumbaan MotoGP tahun depan. Bagaimanapun, ketika ini Razgatlioglu masih terikat kontrak bersama BMW. Saya juga telah memaklumkan kepada BMW bahawa kami mahu mening­galkan perlumbaan WSBK penghujung tahun ini.

“Saya juga telah menjelaskan perkara ini kepada BMW bahawa segala tuntutan ini adalah kehendak Razgatlioglu sendiri,” kata Sofuoglu.

Razgatlioglu dikatakan bersedia untuk melompat ke pentas MotoGP dengan syarat dia bersaing bersama pasukan utama, bukannya pasukan satelit.

Jika benar Razgatlioglu berpindah ke MotoGP, antara pasukan utama yang tinggal adalah Repsol Honda, Yamaha dan juga Aprila kerana Ducati dan KTM telah penuh.

Razgatlioglu dikatakan menerima tawaran dari­pada Repsol Honda dan Yamaha.

Bagaimanapun, Razgatlioglu dikatakan tidak selesa dengan jentera YZR M1 sewaktu menguji jentera tersebut tahun lepas dan kemudian berpisah dengan Yamaha untuk menyertai BMW. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI