fbpx

Jaul ubah SK Ulu Lubai jadi Permata Belantara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari (tengah), Azhar (empat kanan) dan Wan Munadi (empat kiri) bergambar bersama penerima Anugerah Pendidikan Sarawak 2024 di Kuching semalam.

KUCHING – Seorang bekas guru besar dinobatkan sebagai Tokoh Guru Sarawak 2024 atas usahanya menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai di Limbang di sini mencapai pelbagai kejayaan sehingga digelar Permata Belantara.

Jaul Bunyau, 61, menerima loket emas serta wang RM15,000 yang disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Anugerah Pendidikan Sarawak 2024 semalam.

Jaul berkata, dia menjadikan keadaan sekolah yang daif dan jauh di pedalaman sebagai motivasi untuk membawa sekolah tersebut mencapai kecemerlangan.

“Memang bukan mudah kerana guru pun tidak mahu mengajar di sini. Dengan kemudahan yang terhad, saya berusaha bersama guru-guru di sini sehingga terkenal di peringkat dunia dan ia bukan sesuatu yang mustahil.

“Saya berusaha menukar mindset guru termasuk pelajar dan ibu bapa sehingga orang boleh nampak sekolah di pedalaman juga boleh berjaya,” katanya.

Antara pencapaian yang diperoleh Jaul termasuk membawa SK Ulu Lubai merangkul 46 anugerah di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang, termasuk memenangi Anugerah Amalan Pendidikan Terbaik Komanwel 2009 dan Anugerah Amalan Pendidikan Terbaik Antarabangsa UNESCO 2010.

Pada majlis sama, seorang lagi guru, Dr. Norisah Suhaili, 61, menerima anugerah utama Tokoh Tokoh Kepimpinan Pendidikan yang turut membawa pulang hadiah serupa.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sarawak Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, pihaknya mendapat pelbagai sumbangan daripada rakan strategik dalam menjayakan Majlis Anugerah Pendidikan Sarawak 2024, termasuk tajaan daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

“Kita akan teruskan anugerah seperti ini pada masa akan datang untuk memberi motivasi, penghargaan dan pengiktirafan kepada semua guru yang mencapai pelbagai bentuk kejayaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI