BAGI segelintir wanita, perceraian sememangnya beri impak besar terhadap perubahan dalam kehidupan mereka.
Itu yang Diva dapat lihat pada Bella Astillah sejak akhir-akhir ini. Makin berseri-seri seperti anak dara.
Iyalah, mungkin satu bebanan hidup yang perit sudah hilang daripada bahunya dan kini fokusnya hanya pada anak-anak serta diri sendiri.
Bukan sahaja Diva, netizen juga turut melahirkan pendapat yang sama. Kata mereka, Bella makin ‘glow up’.
Terus bersinar dan persetankan sahaja semua kecaman atau kata-kata negatif orang sebab Bella juga layak untuk bahagia selepas dicurangi sebanyak 11 kali.
Diva: Ada yang dakwa ternampak kelibat Aliff Aziz dan Ruhainies jalan bersama di sekitar Bukit Bintang.