fbpx

Ingat sakit biasa rupanya remaja ada ‘isi lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan kelmarin selepas dipercayai merogol teman wanitanya berusia 16 tahun sehingga hamil sejak Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan daripada pegawai perubatan hospital berhubung seorang remaja perempuan hadir menerima rawatan sel darah merah rendah, Selasa lalu.

Jelasnya, semakan terhadap remaja terbabit telah hamil dengan usia kandungan 32 minggu.

“Siasatan lanjut mendapati pesakit tersebut telah melakukan hubungan seks ketika berusia 15 tahun 9 bulan dengan teman lelaki yang dikenali selama setahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil siasatan dijalankan, Mohd Azam memaklumkan pada pukul 12 tengah hari kelmarin, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun di sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Katanya, suspek yang juga penganggur itu didapati tidak di bawah pengaruh dadah hasil ujian air kencing yang dibuat.

“Perintah tahanan reman ke atas suspek dibenarkan selama tujuh hari bermula semalam sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI