fbpx

Euro 2024 : Republik Czech tertekan gagal benam Georgia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Republik Czech dilihat kecewa selepas sekadar mengutip satu mata apabila seri 1-1 dengan Georgia. -AFP

HAMBURG – Impian Republik Czech untuk mencari kemenangan pertama mereka pada perlawanan Euro 2024 tidak berhasil apabila hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 selepas bergelut untuk menumbangkan Georgia, sebentar tadi.

Pada aksi perlawanan Kumpulan F di Volksparkstadion tersebut, Republik Czech bermain dengan bermati-matian untuk mencipta kemenangan ekoran kekalahan pertama pada aksi pembukaan ke atas Portugal 1-2 tempoh hari.

Skuad kendalian Ivan Hasek dilihat tampil agresif apabila mendominasi sebahagian besar perlawanan selepas melakukan 12 percubaan tepat ke arah pintu gawang Georgia.

Mereka berpeluang memperoleh jaringan pembukaan pada minit ke-23 tetapi sayang gol Adam Hlozek dibatalkan apabila Video Bantuan Pengadil (VAR) berjaya mengesan bola tertampan tangan penyerang Leverkusen tersebut.

Ketika Republik Czech ghairah mencari gol pembukaan, mereka dihukum apabila Georges Mikautadze meletakkan Georgia di depan selepas berjaya menjaringkan gol hasil hadiah sepakan penalti pada penghujung babak pertama perlawanan.

Pada separuh masa kedua, Republik Czech terus memperkemaskan jentera serangan dan hasilnya Patrick Schick menjelmakan gol penyamaan pada minit ke-59.

Jaringan tersebut terus melonjakkan semangat pemain Republik Czech tetapi beberapa peluang keemasan dihadapan gol gagal dijelmakan dengan cukup baik.

Tersentak dengan keadaan kebangkitan Republik Czech, Georgia melakukan serangan balas namun rembatan deras pemain gantian, Saba Lobjanidze hanya melepasi palang gol dan keputusan 1-1 kekal sehingga ke wisel penamat.

Selepas ini, Republik Czech akan berdepan Turkiye pada Khamis depan dan mereka tiada pilihan kerana perlu mencatat kemenangan sekiranya ingin mara ke pusingan kalah mati. Sementara itu, Georgia pula berdepan tugas berat apabila akan berdepan Portugal . -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI