DORTMUND – pada aksi Kumpulan F di Stadium Signal Iduna Park sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, Portugal yang dikendalikan oleh Roberto Martinez membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai oleh Cristiano Ronaldo, Rafael Leao dan Bernardo Silva.
Pasukan Türkiye yang dikendalikan oleh Vincenzo Montella pula mencipta kejutan apabila merehatkan beberapa pemain berpengaruh seperti Arda Guler dan Kenan Yildiz dalam kesebelasan utama.
Seperti dijangka, skuad Selecao berjaya mendominasi saingan dan tidak mempunyai masalah untuk mendahului seawal minit ke-21 hasil jaringan menarik yang dilakukan oleh Silva.
Nasib Türkiye bertambah malang apabila Samet Akaydin menjaringkan gol sendiri susulan kesilapan komunikasi dengan penjaga gol, Altay Bayindir berselang tujuh minit kemudian.
Bersambung pada babak kedua, Portugal yang mendahului 2-0 dilihat masih ghairah untuk menambah jaringan dengan melakukan beberapa asakan awal.
Jurang gol semakin bertambah dengan Bruno Fernandes menyudahkan umpanan Ronaldo pada minit ke-55 untuk menjadikan Portugal selesa mendahului dengan kedudukan 3-0.
Türkiye merombak kesebelasan utama dengan memasukkan Guler dan Yildiz tetapi sudah terlewat apabila keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.
The Crescent Stars masih berpeluang mara ke pusingan 16 terbaik apabila dijadual bertemu Republik Czech pada aksi terakhir manakala Portugal akan menentang Georgia pada minggu depan. – KOSMO! ONLINE