fbpx

Euro 2024: Perjuangan Poland berakhir awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI gagal menambah sengat di bahagian serangan Poland sewaktu tewas 1-3 kepada Austria awal pagi semalam. - AFP

BERLIN – Poland terpaksa akur apabila gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati Kejohanan Euro 2024 berikutan keputusan seri tanpa jaringan antara Belanda dan Perancis awal pagi semalam.

Keputusan itu sama sekali tidak memihak buat Poland yang beberapa jam sebelum perlawanan tersebut tewas 1-3 kepada Austria di Olympiastadion, sekali gus menyaksikan mereka kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan D.

Poland setakat ini masih tanpa sebarang mata susulan kekalahan 1-2 kepada Belanda dalam aksi pertama dan diramal mengalami nasib sama apabila berdepan Perancis untuk aksi terakhir pada Rabu ini.

Jurulatih Poland, Michal Probierz berkata, pasukannya sudah terlambat untuk memasukkan penjaring terbanyak sepanjang zaman, Robert Lewandowski sewaktu tewas kepada Austria awal pagi semalam.

“Kami tahu bahawa ini akan menjadi perlawanan yang sangat intensif Jadi kami memutuskan dengan pasukan perubatan dan Lewandowski sendiri bahawa dia tidak akan bermula dari minit pertama.

“Kami berharap kami dapat menembusi pertahanan Austria pada separuh masa kedua, sayang kami tidak dapat menjaringkan gol tambahan,” jelasnya.

Lewandowski yang tidak dapat beraksi ketika tewas 1-2 kepada Belanda dalam perlawanan pertama kumpulan kerana masalah kecederaan.

Malangnya, bintang Barcelona itu gagal menambah jaringan buat Poland yang meraih gol tunggal menerusi Krzysztof Piatek, manakala tiga gol Austria dihasilkan oleh Gernot Trauner, Christoph Baumgartner dan Marko Arnautovic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI