fbpx

Euro 2024: Kedudukan teratas sasaran Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAGELSMANN (kanan) tidak memandang rendah kemampuan Switzerland menjelang aksi terakhir Kumpulan A awal pagi esok. - AFP

BERLIN – Jerman menikmati permulaan terbaik mereka dalam Kejohanan Euro 2024 selepas lebih sedekad dan kini tuan rumah itu berhasrat mencatat tiga kemenangan daripada tiga perlawanan apabila bertemu Switzerland dalam aksi terakhir awal pagi esok.

Kemenangan itu akan mengesahkan kedudukan teratas buat Jerman dalam Kumpulan A dan membolehkan mereka bertemu lawan yang lebih mudah di pusingan 16 nanti.

Jerman memerlukan sekurang-kurangnya seri menentang Switzerland bagi mengelakkan berakhir di tempat kedua dalam kumpulan yang mungkin memaksa mereka berdepan lawan lebih sukar dari Kumpulan B termasuk Itali, Sepanyol, Croatia dan Albania.

Pengurus Jerman, Julian Nagelsmann tidak memandang rendah kemampuan Switzerland yang seri 1-1 menentang Scotland awal minggu ini selepas membuka kempen dengan kemenangan ke atas Hungary.

“Kedudukan teratas adalah penting. Kami mahu memenangi semua perlawanan kami,” kata Nagelsmann.

Menjuarai kumpulan akan memberikan laluan yang lebih mudah kepada skuad bimbingan Nagelsmann itu dijadualkan menentang pasukan tempat kedua dalam Kumpulan C.

Bagi saingan Kumpulan C, England kini mendahului carta dengan empat mata diikuti Denmark dan Slovenia masing-masing menerusi dua mata serta Serbia (satu mata).

Dalam pada itu, Nagelsmann mungkin mengekalkan trio tengah terdiri daripada kapten, Ilkay Gundogan sambil dibantu Jamal Musiala dan Florian Wirtz yang menjadi kunci kepada dua kemenangan mereka setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI