fbpx

Ceroboh padang ‘selfie’ dengan Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang kanak-kanak selfie bersama Ronaldo.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak meluru masuk ke padang untuk selfie (swafoto) bersama pemain bola sepak tersohor, Cristiano Ronaldo.

Melalui perkongsian di aplikasi X, menunjukkan kanak-kanak itu berani mengambil risiko masuk ke padang untuk merakam detik indah bersama idolanya sebelum dikejar oleh beberapa pengawal keselamatan.

Video berdurasi 16 saat itu mendapat pelbagai komen positif dan terharu dengan tindakan Ronaldo melayan peminat ciliknya itu.

“Video terbaik yang anda tengok hari ini,” kata Foodball Report.

“Sikap merendah diri Cristiano sangat memberi insipirasi,” kata Team Kobbieee.

“Itu yang saya suka tentang dia,” kata Hellosuoha.

Perkongsian video tersebut meraih 1.1 juta tontonan dan ulang siar (repost) sebanyak 5.5 ribu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI