fbpx

Bot karam: Mayat tekong sudah jumpa, tiga lagi masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Chiah Kah Chong dibawa naik ke dalam kenderaan polis selepas ditemui oleh nelayan berhampiran kawasan Tanjung Segenting di Batu Pahat malam tadi.

BATU PAHAT- Seorang daripada empat nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki karam akibat cuaca buruk di Tanjung Segenting, ditemukan lemas pada malam ini.

Mayat Chiah Kah Chong, 53 yang juga tekong bot ditemui oleh bot nelayan yang kebetulan melalui lokasi kejadian kira-kira pukul 7 malam.

Pengarah Maritim Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, mayat diserahkan kepada pihak polis kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) bagi tindakan selanjutnya.

Tiga lagi mangsa belum ditemui berusia dalam lingkungan umur 53 hingga 68 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI