fbpx

Bimbang dimarahi bapa, budak minta bomba ambil kad laporan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan perbualan pelajar tersebut di platform Instagram. - @folkative

JAKARTA – Perbuatan seorang kanak-kanak lelaki yang meminta pertolongan bomba untuk mengambil kad laporan prestasi sekolah, mengundang perhatian orang ramai, lapor laman berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @folkative, pelajar tersebut menghantar mesej ringkas ke akaun Instagram rasmi Bomba Daerah Semarang. 

Pelajar itu memberitahu bahawa dia takut dimarahi oleh bapanya. 

“Selamat pagi, maaf mengganggu. Adakah saya boleh meminta tolong untuk mengambil kad laporan saya di sekolah pada esok? Saya takut dimarahi bapa jika dia yang mengambilnya (kad laporan). Terima kasih,” tulis pelajar itu. 

Seorang pegawai bomba, Hisyam berkata, permintaan itu membuktikan kepercayaan masyarakat kepada pasukannya. 

“Bagaimanapun, bapa kepada pelajar tersebut seharusnya bertanggungjawab agar mereka mengetahui perkembangan dan prestasi anak.

“Ia berada di luar tanggungjawab kami. Adalah lebih baik sekiranya ibu bapa atau waris adik tersebut yang mengambil kad laporannya,” kata Hisyam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI