fbpx

Bayar RM100 dapat warga Afrika tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pelacur warga asing yang ditahan dalam serbuan sebuah hotel bajet sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Menawarkan perkhidmatan seks kepada pelancong dan warga tempatan serendah RM100 di tepi jalan sebelum dibawa ke hotel bajet di sekitar Bukit Bintang, di sini.

Demikian taktik segelintir pelacur warga Afrika yang dicekup dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sekitar pukul 8.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan dilakukan atas maklumat dan risikan selama satu minggu kegiatan persundalan itu.

“Satu serbuan dibuat ke atas sebuah hotel bajet yang dipercayai dijadikan tempat bagi kegiatan pelacuran.

“Hasil daripada serbuan ini, pihak polis menahan seramai 16 wanita warga Afrika yang berusia lingkungan 21 tahun hingga 40 tahun.

“Dalam serbuan ini juga, pihak polis turut merampas 40 keping kondom, tiub gel pelincir (10), gulung tisu (tujuh), buah telefon bimbit (14) dan wang tunai RM800,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, hasil siasatan awal mendapati kegiatan pelacuran ini melibatkan warga asing yang berselindung di sebalik hotel bajet disewa secara harian pada harga RM110.

Bagi mengelakkan aktiviti mereka dikesan, Noor Dellhan memaklumkan pelacur warga Afrika ini akan berpindah dari satu hotel bajet ke hotel bajet lain sebagai modus operandi mereka.

“Mereka akan mendapatkan pelanggan di tepi jalan dan seterusnya membawa ke bilik hotel bagi aktiviti perkhidmatan seks dengan bayaran RM100 satu sesi,” ujar beliau.

Katanya, kesemua individu yang ditahan didapati tiada dokumen perjalanan yang sah dan akan direman bermula hari ini bagi tujuan siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Tegas beliau, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana aktiviti jenayah serta menasihatkan pengusaha hotel supaya menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti pelacuran di premis mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI