PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr. H. Tanri Abeng Palehe yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Anwar berkata, sebagai sahabat, beliau tentunya terkesan dan mendoakan agar tuhan mengampuni segala dosanya.
“Semoga rohnya ditempatkan bersama dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, Insya-Allah,” katanya sebentar tadi.
Untuk rekod, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Menteri Negara Pendayagunaan BUMN dalam Kabinet Presiden Soeharto.
Sementara itu, menurut media Indonesia, Tanri Abeng dilaporkan mengembuskan nafas terakhir pagi tadi ketika mendapatkan rawatan di Rumah Sakit Medistra, Jakarta. – KOSMO! ONLINE