fbpx

13 ditahan cetus kebakaran hutan guna bunga api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua suspek menaiki sebuah kapal layar mewah ketika menyalakan bunga api. - Facebook

ATHENS –  Seramai 13 orang ditahan selepas mencetuskan kebakaran di sebuah pulau di Greece, yang dipercayai berpunca daripada percikan bunga api dari sebuah kapal layar, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

“Kebakaran pada Jumaat lalu (kelmarin) membakar satu-satunya hutan di Pulau Hydra iaitu tempat pelancongan terkenal yang terletak di selatan Athens,” kata pegawai menerusi laman Facebook.

Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dikawal selepas menghadapi beberapa cabaran disebabkan ketiadaan akses jalan darat.

Antaranya, anggota bomba terpaksa menggunakan jalan laut, manakala helikopter turut dikerah untuk menyiram air dari udara.

Perkhidmatan Bomba Greece semalam berkata, kesemua pelaku yang ditahan merupakan warganegara Greece. Meraka dijadualkan untuk dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Perbuatan tersebut mencetuskan kemarahan penduduk negara itu, yang sedang berusaha memerangi kebakaran hutan dan menghadapi gelombang panas pertama tahun ini.

“Kami berasa marah kerana sesetengah orang tidak bertanggungjawab dengan membaling bunga api ke dalam hutan,” kata Datuk Bandar Hydra, Giorgos Koukoudakis kepada penyiar tempatan, ERT.

Sementara itu, pihak berkuasa Greece dilaporkan sudah bersiap sedia untuk menghadapi musim panas dan kemarau serta angin kencang dan suhu tinggi yang berterusan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI