fbpx

Zarif tamat kemarau emas tujuh tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atlet boling negara, Wan Zarif Ikram ketika ditemubual wartawan pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 di Sunway Pyramid hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN

PETALING JAYA – Pemain boling remaja negara, Wan Zarif Ikram menamatkan kemarau emas tujuh tahun buat Malaysia selepas berjaya merangkul pingat emas dalam acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway hari ini.

Zarif berjaya menundukkan lawan dari Hong Kong, Jovi Ma dengan mata 427-385 menerusi perbezaan 42 jatuhan pin pada final sekali gus membawa pulang pingat emas buat negara.

“Alhamdulillah, rezeki saya di sini hari ini, dari hari pertama saya di sini, saya telah memasang hasrat untuk menang, tidak kira apa cara sekalipun saya memang nak menang,” kata Zarif.

Sebelum itu, Zarif menewaskan rakan senegara, Ethan Damien Goh, dalam penentuan pingat gangsa, sebelum melengkapkan hari bersejarahnya dengan meraih pingat emas di podium.

Sementara itu, jurulatih skuad remaja kebangsaan, Alex Liew meluahkan kegembiraan apabila anak buahnya mempamerkan prestasi terbaik sekali gus berjaya merangkul pingat emas dan gangsa dalam acara perseorangan lelaki pada kejohanan tersebut.

“Ini adalah salah satu final terbesar bagi kategori remaja dan saya sering kali mengingatkannya supaya tidak terburu-buru. Zarif telah melakukannya dengan baik hari ini,” jelas Alex.

Skuad negara kali ini menamatkan kempen dengan baik apabila jumlah keseluruhan pingat terkumpul sebanyak tiga emas, satu perak dan dua gangsa.

Sebagai rekod, negara tuan rumah, Malaysia, tidak memenangi pingat emas Masters sejak 2017 ketika mereka menjadi tuan rumah edisi ke-18 di Kuching, Sarawak apabila Tun Hakim dan Puteri Nurul Dini memenangi pingat emas Masters bagi kategori lelaki dan perempuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI