fbpx

Wanita selamba curi daging korban 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu cuba mengambil daging korban yang tergantung di pagar. - @beritaseputarsidoarjo

JAKARTA  –  Perbuatan seorang wanita yang selamba mencuri daging korban di sebuah rumah di Sidoarja, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian orang ramai, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Kejadian pada Isnin lalu itu dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah berkenaan. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Instagram oleh akaun @beritaseputarsidoarjo, wanita itu dilihat mendekati ke rumah itu lalu mengambil daging korban yang digantung pada pagarnya. 

Dia kemudian berjalan dengan santai meninggalkan kawasan itu. 

Penjaga keamanan perumahan, Pepen Sarbini berkata, kejadian itu berlaku di salah satu rumah yang terletak di Blok A. 

“Rumah tersebut dalam keadaan kosong kerana pemiliknya ketika itu berada di Surabaya,” kata Pepen. 

Pepen menambah bahawa seluruh warga di kawasan perumahan itu mendapat sebahagian daging korban. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI