fbpx

SJKC Bahau ditutup, 12 murid dijangkiti HFMD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pembersihan dijalankan semalam susulan terdapat murid SJKC Bahau dikesan dijangkiti HFMD. -IHSAN PEMBACA

JEMPOL – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bahau, di sini, diarah tutup oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) selepas 12 murid dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Roslan Hussin berkata, sekolah itu ditutup selama empat hari bermula semalam hingga Isnin ini untuk membolehkan kerja pembersihan dijalankan bagi memastikan murid lain tidak dijangkiti HFMD.

“Secara keseluruhannya terdapat 419 murid di sekolah berkenaan dan lapan murid dikesan dijangkiti HFMD pada Khamis (kelmarin) membabitkan penutupan tiga buah kelas.

“Semalam, empat lagi murid dijangkiti dan tidakan lanjut ialah kesemua 17 buah kelas ditutup bagi kerja-kerja pembersihan,” katanya-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI