KUANTAN – Satu hantaran di media sosial berkaitan bonggol tinggi seakan tembok yang tular dimuat naik seorang pengguna Facebook ke dalam laman Facebook kumpulan Warga Kuantan OFFICIAL bukan di Kuantan.
Perkara terbabit disahkan pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) yang memaklumkan hasil semakan mereka mendapati bonggol terbabit adalah di Terengganu.
Kosmo! Online juga dalam masa sama setakat ini masih gagal untuk menghubungi pemilik Facebook Putera Walid yang membuat hantaran sedemikian bagi mendapatkan lokasi sebenar bonggol tersebut.
Dalam pada itu, MBK memberitahu, sekiranya bonggol seumpama itu di bawah selenggaraan MBK, tindakan memecahkan bonggol tersebut akan diambil, namun jika bukan dibawah selenggaraan MBK, pihak MBK akan menyalurkan perkara terbabit kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) – KOSMO! ONLINE