PETALING JAYA – Sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia yang sanggup menunggu semalaman dan beratur panjang untuk menghadiri acara pembukaan kedai fizikal Apple Store pertama di Malaysia hari ini.
Menerusi tinjauan Kosmo! Online di media sosial, dua pengunjung dari Putrajaya dan Kuala Lumpur mengatakan mereka sudah bersiap beratur dan menanti di pusat beli-belah, The Exchange TRX, sejak pukul 11 malam, semalam.
“Kami sanggup overnight (bermalam) di sini sejak malam tadi kerana mahu menjadi orang Malaysia yang pertama untuk membuka pintu Apple Store ini,” katanya.
Dalam pada itu, terdapat juga seorang penggemar teknologi Apple dari China yang rela menunggu semalaman untuk hadir pada pembukaan istemewa pada hari ini.
“Saya sangat teruja kerana bediri di garisan paling hadapan. Saya akan mengagumi ruang yang cantik ini serta mengambil banyak gambar,” ujarnya.
Selain itu, turut hadir, Naib Presiden Jualan dan Operasi Antarabangsa Apple, Deirdre O’Brien, menjadi tumpuan oleh peminat Apple untuk tidak melepaskan peluang bergambar dan mengambil tanda tangan daripadanya.
Sementara itu, Apple Store juga membuat pemberian istimewa ‘tote bag’ khas kepada mereka yang beratur awal tanpa memerlukan sebarang pembelian.
Meninjau lagi di media sosial, terdapat kenyataan daripada seorang pengguna yang menjawab persoalan tentang kehadiran orang ramai sedangkan mereka boleh pergi pada hari lain tanpa perlu beratur panjang.
“Setelah 23 tahun menunggu, akhirnya Malaysia mempunyai sebuah Apple Store. Mungkin sesetengah warga maya menganggap itu perkara biasa namun kontradiksi buat peminat setia Apple, jadi tak perlulah kita nak persoalkan, itu hak mereka,” kata @XavierNaxa. – KOSMO! ONLINE
@placesmalaysia Malaysia’s FIRST Apple Store Opens Today! 😍🔥 . Apple The Exchange TRX 📍 L1.40 The Exchange TRX Persiaran TRX, Tun Razak Exchange 55188 Kuala Lumpur ✅ 10am – 10pm (Daily) . #applestore #theexchangetrx #kl #malaysia ♬ original sound – Places Malaysia