fbpx

Roberto Baggio cedera dihentak penyamun 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roberto Baggio. - Getty Images

ROM  –  Bekas bintang bola sepak Itali, Roberto Baggio cedera di kepala selepas rumahnya di Altavilla Vicentina, utara Itali dipecah masuk oleh sekumpulan perompak bersenjata kelmarin, lapor saluran berita CNN.

Polis berkata, pihaknya tidak dapat memberikan butiran lanjut kerana siasatan sedang giat dijalankan. 

Kejadian berlaku semasa Baggio menonton perlawanan Piala Eropah di kaca televisyen bersama keluarganya sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan). 

Media tempatan melaporkan, rompakan itu berlaku selama 40 minit, manakala kepala Baggio dipukul dengan pistol ketika cuba melindungi keluarganya. 

Dia dibawa ke hospital terdekat di Arzignano dan menerima jahitan bagi luka tersebut.  

Baggio dan ahli keluarganya turut dikurung di sebuah bilik sementara perompak-perompak itu menggeledah rumahnya. Nilai kerugian bagaimanapun masih belum diketahui, demikian menurut media tempatan.

“Saya dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas kasih sayang yang kami terima.

“Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam situasi seperti ini dan syukurlah, keganasan yang saya alami hanya memerlukan beberapa jahitan. Sekarang, saya perlu mengatasi ketakutan ini,” kata Baggio. 

Polis sedang meneliti kamera keselamatan di kawasan terbabit dan belum membuat sebarang tangkapan.

Baggio pernah menyertai kelab Juventus, AC Milan, Inter Milan dan pasukan kebangsaan Itali sebelum bersara pada 2004. Pemain berusia 57 tahun itu pernah menerima anugerah pemain terbaik dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI