fbpx

Remaja OKU lemas ketika mandi tasik bersama rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang remaja OKU yang ditemui lemas semasa mandi di sebuah tasik buatan di Kampung Tiong Dalam, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) ditemui lemas semasa mandi bersama rakan-rakannya di sebuah tasik buatan di Kampung Tiong Dalam, di sini semalam.

Mayat mangsa yang dikenali Adam Bukhari, 17, dijumpai oleh penduduk kampung kira-kira pukul 6.15 petang semalam.

Saksi kejadian, Nur Bainun Afzan Mat Hussin, 31, berkata, mangsa dikatakan lemas ketika mandi bersama beberapa rakannya di dalam tasik berkenaan yang dianggarkan sedalam hampir dua meter.

Menurutnya, dia menyedari mangsa lemas sebaik tiba di tasik itu untuk mengambil gambar suasana kawasan itu bersama anak saudaranya.

“Semasa tiba di tasik, saya melihat ada beberapa remaja lelaki berada di situ sebelum memaklumkan rakan mereka lemas. Saya terus meminta bantuan penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan tasik itu sebelum menghubungi panggilan kecemasan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI