fbpx

Ratu rock jadi hajah, berserinya Ella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLA bersama suaminya selamat mengerjakan ibadah haji.

DIAM-DIAM menunaikan haji. Itu perkara yang dilakukan Ella baru-baru ini dengan mengejutkan ramai apabila memaklumkan sedang mengerjakan ibadah haji.

Perkongsian itu membuatkan ramai teruja dan mendoakan yang terbaik buat penyanyi tersebut.

Tidak kurang juga yang memuji penampilan Ella di Tanah Suci kerana dikatakan kelihatan muda daripada usia sebenar.

“Macam orang muda Ella di Tanah Suci. Cantik.

“Alhamdulillah, berseri-seri hajah Ella.

“Tahu-tahu sudah bergelar hajah. Semoga dapat haji mabrur,” komen netizen.

Difahamkan, pelantun lagu Retak itu menunaikan haji bersama suami tercinta, Azhar Ghazali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI