fbpx

PRK Sungai Bakap: Suasana pusat penamaan calon tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di pusat penamaan calon DUN Sungai Bakap kelihatan tenang dan cuaca pagi ini dalam keadaan baik.

SEBERANG PERAI – Suasana di pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi di sini kelihatan tenang dengan penyokong parti mula memenuhi kawasan yang disediakan pihak berkuasa.

Laluan utama di Jalan Serindit yang terletak kira-kira 60 meter dari pusat penamaan telah ditutup seawal 11.59 malam tadi.

Laluan yang turut ditutup adalah jalan susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan jalan susur JKR SPS.

PRK Sungai Bakap bakal menyaksikan pertembungan sengit antara calon dari blok Kerajaan Perpaduan Kerajaan menerusi Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dengan Perikatan Nasional (PN).

Nama Dr. Joohari Ariffin, 60, yang dipilih mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail, 56, kini menjadi figura dalam kalangan pemilih bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu, nanti.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan berikutan kematian Nor Zamri atau lebih dikenali sebagai YB Abang Zam pada 24 Mei lalu akibat penyakit keradangan dalam perut.

Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. Beliau mendapat 15,433 undi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI