fbpx

PKR Sungai Bakap: Pertembungan satu lawan satu PH, PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Joo bergambar bersama Abidin selepas selesai proses penamaan calon.

SEBERANG PERAI – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap sah menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

PH diwakili, Dr. Joohari Ariffin manakala Abidin Ismail, 56, pula mewakili PN dan pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus PRK Sungai Bakap, Khairulnizam Hashim sebaik tempoh proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.

Terdahulu, Dr. Joo hadir ke pusat penamaan tersebut kira-kira pukul 8.45 pagi diiringi Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, Pengarah Strategik Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sementara itu, Abidin tiba pada pukul 8.50 pagi diiringi Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin dan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI