PETALING JAYA – Pembukaan kedai fizikal Apple yang pertama di Malaysia, Apple The Exchange TRX hari ini menerima sambutan luar biasa rakyat Malaysia.
Bagi pelanggan terawal berjaya memasuki kedai fazikal tersebut ternyata mendapat `durian runtuh’ apabila dihadiahkan sebuah beg jinjing istimewa daripada Apple.
Bagaimanapun, segelintir individu yang mula beratur di pusat beli-belah, The Exchange TRX sejak malam Jumaat demi menghadiri pembukaan kedai fizikal itu bertindak menjual semula beg saguhati berkenaan.
Tinjauan Kosmo! mendapati beg tersebut dijual balik pada harga mencecah RM1,000 di platform jualan Marketplace di Facebook.
Menerusi aplikasi jualan Carousell pula, rata-rata penerima beg jinjing percuma itu cuba menjualnya semula pada harga RM200 hingga RM500. – KOSMO! ONLINE