fbpx

Pecutan terakhir Aaron, Wooi Yik ke Olimpik Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan Wooi Yik akan memastikan persiapan dalam keadaan terbaik sebelum turun ke Olimpik Paris bulan depan.

BEREGU badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melakukan pecutan terakhir apabila memohon tiga sesi latihan dalam tempoh sebulan bagi mempersiapkan diri menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 bulan depan.

Gandingan ranking No. 5 dunia tersebut menyuarakan hasrat itu bagi memastikan mereka dapat memperbaiki segala kelemahan dan mempertingkatkan lagi fokus permainan sebelum memulakan misi memburu kemenangan di Paris.

Bagaimanapun, Aaron berkata, sesi latihan ketiga pada sebelah malam tidaklah begitu berat kerana ia lebih tertumpu untuk memperbetulkan kesilapan.

“Kami yang minta sesi tambahan itu sebab sudah tak banyak masa lagi. Kita gunakan untuk betulkan skil dan teknik.

“Sesi itu juga bukanlah sesi latihan berat dan masa latihan juga tidak panjang sekitar satu ke dua jam pada setiap malam,” katanya.

Sementara itu, Wooi Yik berkata, mereka akan menghabiskan sepenuh masa di Akademi Badminton Malaysia (ABM) dalam tempoh baki yang tinggal sebelum Olimpik Paris.

“Baki tempoh sebulan yang tinggal ini, saya akan terus berada di ABM. Saya nak fokus untuk diri sendiri. Senang berada di ABM, tak ada siapa yang mengganggu.

“Jadi saya boleh fokus mempersiapkan diri kerana saingan beregu lelaki ini peluang untuk menang adalah sama rata dan saya perlu buat yang terbaik,” katanya

Selepas ini, skuad negara berlepas ke Aire Sur La Lys, Perancis untuk menjalani kem latihan 10 hari bermula 10 Julai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI