fbpx

Pantang belum habis, Shila Amzah sudah kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shila terpaksa kembali bekerja selepas mendapat tawaran untuk mendendangkan lagu tema bersempena sambutan ulang tahun persahabatan antara Malaysia dan China.

PETALING JAYA – Belum selesai tempoh berpantang, penyanyi Shila Amzah mencetuskan kerisauan peminat apabila dilihat kembali lincah beraksi di pentas nyanyian.

Menerusi perkongsian dalam TikTok, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 33, dilihat giat melakukan persiapan untuk mengadakan sebuah persembahan.

“Kerja pertama setelah tiga bulan, dari hujung trimester, bersalin dan berpantang.

“Bismillah, ayuh kita kayuh,” ujarnya ringkas.

Kata pelantun lagu Patah Seribu itu lagi, dia terpaksa kembali bekerja selepas mendapat tawaran untuk mendendangkan lagu tema bersempena sambutan ulang tahun persahabatan antara Malaysia dan China.

“Kembali bekerja, walaupun belum habis pantang, saya masih ada beberapa hari lagi tapi kira halallah.

“Persembahan hari ini untuk sambutan 50 tahun persahabatan antara China dan Malaysia, jadi saya akan menyanyikan lagu temanya,” katanya teruja.

Semakan Kosmo! Online menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji perubahan fizikal ibu kepada dua cahaya mata itu yang kelihatan langsing meskipun baru melahirkan anak.

Begitu pun, terdapat juga peminat yang meluahkan rasa bimbang melihat Shila sudah bekerja sedangkan masih berbaki hari berpantang.

“Wow! Terus takluki dunia, semoga murah rezeki Shila, Macam tak percaya, dah dua anak tapi cantik macam selalu,” komen netizen itu.

“Tiga bulan sahaja dah kurus, saya anak dah nak masuk dua tahun pun tak capai lagi berat normal, nampak dekat sini Shila seorang yang pandai jaga kesihatan dan badan,” demikian komen seorang lagi netizen.

“Risau tengok anak muda sekarang, tak cukup hari pantang pun terus bekerja, sekarang memang tak rasa, apabila dah tua nanti semua akan sakit kalau tak pantang betul-betul,” komen seorang pengguna TikTok.

Shila dan suami, Ubai MZ telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Terdahulu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias namun bercerai pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun bersama.

Hasil perkahwinan tersebut, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI