fbpx

Bukit Bintang, Kampung Baru antara lokasi terganggu bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sedang giat menjalankan proses pemulihan air susulan insiden peningkatan warna dalam air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas.

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, bantuan alternatif telah digerakkan susulan henti tugas LRA Bukit Nanas yang menyebabkan gangguan air tidak berjadual di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur.

Antaranya adalah Bukit Bintang, Kampung Baru, Chow Kit, Bukit Ceylon, Titiwangsa Sentral, Hospital Kuala Lumpur dan Kampung Datuk Keramat.

Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air sejak malam tadi. – AIR SELANGOR

Menurut Air Selangor, maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi platform rasmi pihaknya.

“Sehingga jam 8 pagi ini, proses pemulihan parameter kualiti air sedang giat dijalankan untuk menepati piawaian kualiti air yang ditetapkan.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki telah digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Air Selangor memaklumkan insiden yang berlaku di LRA Bukit Nanas telah menyebabkan sebahagian kawasan di Kuala Lumpur sedang mengalami gangguan bekalan air sejak pukul 7.30 malam semalam.

Bagaimanapun, Air Selangor berkata, pihaknya sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI