fbpx

LRA Bukit Nenas beroperasi sepenuhnya bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Loji Rawatan Air Bukit Nanas (LRA Bukit Nanas) kembali beroperasi sepenuhnya selepas henti tugas sementara akibat insiden peningkatan warna dalam air terawat di LRA tersebut semalam.

Air Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata, bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna dan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 7 pagi, 23 Jun 2024 (Ahad)

Jelas Air Selangor, tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Air Selangor terus giat menggerakkan lori tangki air kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.

“Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli dengan menghubungi Air Selangor di talian 15300. Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di stesen pengisian air yang telah dibuka di Sunway Batu Caves (wilayah Gombak),” jelas kenyataan tersebut.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.

Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI