fbpx

Letupan misteri kedengaran hampir 100 kilometer 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Tuscany kemungkinan mendengar bunyi letupan meteor. - Foto GETTY

ROM  –  Bunyi letupan misteri yang boleh didengari sejauh 96.56 kilometer merentasi rantau Mediterranean kelmarin dipercayai berpunca daripada letupan meteor, lapor portal berita Daily Express UK.

Penduduk Pulau  Elba di luar pantai Tuscany, Itali dan penghuni Pulau Corsica milik Perancis dikejutkan oleh bunyi letupan kuat  sekitar pukul 2.30 petang (waktu tempatan).

Pada mulanya, pihak berkuasa Itali percaya gempa bumi telah berlaku.

Pentadbir wilayah Tuscany, Eugenio Giani berkata di platform X: “Gempa bumi dirasai di Pulau Elba. Dirasai di sepanjang pantai. Pemeriksaan sedang berjalan dengan sistem serantau, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan buat masa ini.” 

Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, kata Giani semula,  saintis-saintis  yang memantau aktiviti seismos memaklumkan bahawa bunyi letupan kuat itu bukan berpunca daripada gempa bumi.

Akhbar Itali, Libero Quotidiano melaporkan, penduduk tempatan mendengar bunyi gemuruh di langit pada hari kejadian, manakala Institut Geofizik dan Vulkanologi tidak mencatatkan sebarang kejadian gempa bumi.

Laporan media Perancis mencadangkan teori di sebalik peristiwa itu adalah bahawa ia mungkin disebabkan oleh meteor yang meletup apabila memasuki atmosfera Bumi.

Penduduk Pulau Corsica dan Elba melaporkan bahawa mereka mendengar bunyi seperti ledakan sonik daripada pesawat. 

Namun, Universiti Florence memaklumkam dalam satu kenyataan bahawa hipotesis meteor memasuki atmosfera berkemungkinan besar apa yang berlaku dan sepadan dengan data direkodkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI