fbpx

Lelaki hempuk pencuri guna kuali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki mengejar pencuri dengan menggunakan kuali leper di Chicago, kelmarin. - Foto @Bashido/X

WASHINGTON – Seorang lelaki di kota raya Chicago mengejar pencuri keluar dari rumahnya dengan bersenjatakan kuali leper, lapor portal berita 5 Chicago  semalam.

Dia kemudian memukul pencuri itu beberapa kali semasa berlaku pergelutan di halaman rumahnya .

Menurut polis, seorang lelaki berusia 33 tahun memasuki sebuah rumah sejurus sebelum pukul 3.30 petang(waktu tempatan) kelmarin.

Malangnya, pencuri itu terserempak dengan pemilik rumah berusia 45 tahun tersebut.

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup(CCTV), pemilik rumah itu dilihat mengejar lelaki itu dengan kuali sebelum mereka hilang dari pandangan kamera.

Kedua-dua mereka dikatakan menuju  ke halaman rumah jiran sebelum pencuri itu ditangkap oleh anggota-anggota  polis yang tiba di tempat kejadian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI