fbpx

‘Kami serah kepada ATM cari Muhammad Syafiq’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BALING – “Saya menyerahkan sepenuhnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mengesan anak saya,” kata Abdul Halim Abdul Kadir, 51, bapa kepada Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abdul Halim yang hilang ketika bertugas semasa ditemui di rumahnya di Pekan Kuala Pegang, hari ini.

Abdul Halim ketika ditemui berharap pihak media faham situasi yang dialaminya serta keluarga.

“Maaf, saya tidak dapat berikan apa-apa kenyataan tentang kehilangan anak, kita serahkan perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengurusnya kerana anak saya hilang ketika bertugas dalam Op Ukur di Limbang, Sarawak.”

“Saya hanya mengetahui berita kehilangan ini selepas dimaklumkan oleh pihak ATM dan mereka sedang berusaha mengesannya, kami tidak boleh berikan sebarang maklumat lanjut mengenainya,” kata Abdul Halim.

Namun begitu, Abdul Halim masih mengharapkan berita baik mengenai anaknya itu, berharap anaknya ditemui dalam keadaan selamat, serta redha dengan ketentuan Ilahi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI