fbpx

Ibu gembira Aliff Aziz kembali senyum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enggan perkara sama terjadi lagi, Hafizah juga meminta Aliff memperbaiki diri agar menjadi insan lebih baik.

PETALING JAYA – Tiada lagi resah, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menzahirkan rasa gembira apabila melihat anak kesayangannya kembali tersenyum selepas diseret pelbagai kontroversi rumah tangga.

Ujar Hafiza atau nama sebenarnya Siti Hafiza Basharahil, dia percaya anak lelakinya itu akan berjaya mengharungi segala ujian meskipun mengambil sedikit masa.

“Perlahan-lahan tapi pasti awak dapat melaluinya anak kesayangan saya. Sentiasa muhasabah diri sendiri pasti Allah akan tunjukkan jalan.

“Gembira lihat awak tersenyum semula setelah sekian lama,” katanya dalam Instagram yang turut memaparkan foto putera kesayangannya itu mengenakan baju berwarna hitam sambil ketawa.

Enggan perkara sama terjadi lagi, Hafizah juga meminta Aliff memperbaiki diri agar menjadi insan lebih baik.

“Belajar dari kekhilafan dan berazam menjadi insan yang lebih baik kerana Allah. Kita semua pendosa tapi Allah Maha Penyayang.

“Perkara yang lepas biarkan berlalu yang penting sekarang dan masa depan. Yang terpenting adalah pengakhiran kita.

“Umi, ayah dan adik-adik sentiasa mendoakan. Sudah lama kami tidak melihat awak tersenyum,” nasihatnya panjang lebar.

Sementara itu, menjengah ke Instagram milik Aliff, pelantun lagu Sayang Sayang itu turut berkongsi foto yang sama berserta petikan Inggeris daripada penulis C.S. Lewis.

“Anda tidak boleh kembali untuk mengubah permulaan tapi boleh bermula di mana anda berada dan mengubah pengakhiran,” kongsinya.

Sebelum ini, Hafiza kembali menjadi perhatian ramai apabila mengaktifkan semula akaun Instagram miliknya selepas kes perceraian anaknya dan Bella Astillah selesai.

Pada 13 Jun lalu, Aliff dan Bella sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bella memfailkan permohonan cerai secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu susulan pelakon itu dicekup berkhalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac 2024.

Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7 dan Ara Adreanna, 4 tahun.

Pasangan ini juga pernah bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh idah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI