fbpx

Harga telur turun 3 sen sebiji, peniaga jimat RM500 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian Safwan Way di Facebook baru-baru ini memaparkan harga sepapan telur di pasaran turun hampir RM1.

PETALING JAYA – Seorang peniaga, Safwan Way mengakui dia mampu berjimat sehingga RM500 sebulan ekoran harga telur di pasaran ketika ini murah daripada sebelumnya.

Katanya, sebagai peniaga dalam industri berasaskan Food and Beverage (F&B), setiap hari pihaknya memerlukan 10 hingga 20 papan telur bagi menyiapkan jualan di kedai.

“Biasa beli telur gred C ini rm12.30. Hari ini (kelmarin) turun RM11.40.

“Untuk pengetahuan semua, kami usahawan peniaga F&B beli telur 10 papan hingga 20 papan setiap hari. Sebulan dapat jimat RM270 hingga RM500. Alhamdulillah,” katanya dalam satu hantaran yang dikongsikan di Facebook.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit telur ayam gred A, B, dan C sebanyak 3 sen sebiji berkuat kuasa 17 Jun lalu.

Usaha tersebut secara jelasnya membantu mengurangkan kos perniagaan golongan peniaga disebabkan telur merupakan antara bahan utama yang diperlukan terutama bisnes masakan dan pastri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI