fbpx

Euro 2024 : Austria bangkit benam Poland 3-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Austria meraikan kejayaan selepas mengatasi Poland di Olympiastadion.

BERLIN – Pasukan Austria kembali mencerahkan harapan mereka untuk melangkah ke pusingan kalah mati Euro 2024 selepas melakukan kejutan menewaskan Poland dengan kemenangan 3-1 di Olympiastadion, sebentar tadi.

Bagaimanapun, Austria perlu lebih bekerja keras pada perlawanan terakhir Kumpulan D kerana mereka perlu mencatat kemenangan ke atas Belanda pada Rabu depan sekiranya berhasrat ingin melangkah ke pusingan kalah mati.

Pada perlawanan tersebut, Austria bermula garang selepas terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Gernot Trauner yang menanduk masuk bola hantaran cantik Phillipp Mwene pada minit kesembilan.

Tersentak dengan keadaan tersebut, Poland bekerja keras kembali mengatur rentak dan akhirnya mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-30 menerusi gol Krzysztof Piatek pada mnit ke-30.

Bersambung babak kedua, Austria tidak mengendurkan serangan mereka apabila melakukan beberapa serangan berbahaya dan hasilnya mereka berjaya kembali di depan hasil jaringan cantik Christoph Baumgartner pada minit ke-66.

Austria mengesahkan kemenangan mereka menerusi sepakan penalti Marko Arnautovic pada minit ke-78 dan beberapa percubaan Poland untuk bangkit berjaya dipatahkan dengan baik skuad skuad kendalian Ralf Rangnick.

Jurulatih Austria, Rangnick gembira dengan kemenangan 3-1 pasukannya ke atas Poland dan memuji persembahan terbaik yang dipamerkan anak-anak buahnya.

“Saya benar-benar gembira mereka bermain dengan cukup baik dan buktikan mereka mampu melakukan sesuatu,” kata Rangnick.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI