fbpx

Empat nelayan sempat terjun sebelum bot dipukul ombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Haniff menunjukkan kawasan kejadian sebuah bot nelayan terbalik akibat dimasuki air kerana angin kuat di Perairan Tanjung Segenting, Batu Pahat pagi tadi.

BATU PAHAT – Empat nelayan yang dipercayai hilang selepas bot dinaiki ketika keluar memukat kira-kira 6.8 batu nautika di barat daya Tanjung Segenting terbalik akibat dimasuki air kerana angin kuat pagi tadi masih belum ditemui.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, susulan itu pihaknya akan memperluaskan kawasan pencarian serta menambah aset bagi tujuan mencari dan menyelamat yang akan disambung pagi esok.

“Kawasan pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 27 batu nautika persegi dan akan diperluaskan sehingga 65 batu nautika persegi untuk atas permukaan air.

“Manakala tinjauan melalui udara menggunakan helicopter melibatkan kawasan kira-kira 73 batu nautika persegi selain pencarian di tepi pantai yang berlumpur dan berpaya,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Batu Pahat petang ini.

Menurut Mohd Haniff lagi, berdasarkan kenyataan mangsa yang terselamat, Tan Siak Bin,43, keempat-empat rakannya itu sempat terjun ke laut sebelum bot berkenaan terbalik akibat dipukul ombak.

Empat nelayan yang masih hilang adalah tekong bot Chia Kah Chong, 51; Raud Daud @ Hamid 53 tahun, Tan Hai Lian 62 tahun dan Lee Pong Ling 63 tahun. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI