fbpx

Bot karam, empat nelayan hilang di Tanjung Segenting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Bot nelayan yang karam di perairan Tanjung Segenting di Batu Pahat pagi tadi.

BATU PAHAT – Empat nelayan dipercayai hilang selepas bot dinaiki ketika memukat di perairan Tanjung Segenting terbalik dipukul ombak besar sebelum karam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 6 pagi tadi melibatkan sebuah bot nelayan dinaiki oleh lima lelaki berusia 43 hingga 62 tahun.

Katanya, susulan itu dua buah bot penyelamat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah dikejarkan melalui Op Carilamat di posisi 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting yang turut disertai oleh Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Seorang nelayan, Tan Siak Bin, 43, berjaya diselamatkan oleh bot nelayan yang berada berhampiran manakala bot malang itu dilihat hampir tenggelam ketika pasukan penyelamat tiba.

“Punca kejadian dipercayai daripada keadaan cuaca yang buruk dan ombak besar telah menyebabkan bot terbalik seterusnya tenggelam,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Haniff lagi, usaha kini tertumpu kepada kerja-kerja mencari dan menyelamat empat lagi nelayan yang masih hilang dan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau penemuan boleh menghubungi talian hotline, Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020 atau melalui talian bantuan kecemasan, MERS 999.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI