PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah dijangka kekal sepanjang petang ini melibatkan seluruh kawasan di Semenanjung.
Keadaan cuaca seperti ini sesuai untuk dilakukan aktiviti riadah bersama keluarga di kawasan luar rumah.
Semakan Kosmo! Online di Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat serta ribut petir hanya tertumpu sekitar Sabah dan Sarawak sehingga pukul 6 petang hari ini.
MetMalaysia berkata, antara kawasan di Sabah yang dijangka mengalami cuaca buruk itu adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Kudat.
“Selain itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melanda beberapa daerah di Sarawak seperti Betong (Saratok), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song), Bintulu dan Limbang (Lawas),” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE