fbpx

‘Bagi balik cuti raya haji aku Alan Walker’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALAN Walker mengumumkan konsert Walkerworld Tour 2024 yang sepatutnya berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon hari ini ditunda. - Foto INSTAGRAM ALAN WALKER

PETALING JAYA – “Bagi balik cuti raya haji aku Alan Walker,” itu antara luahan kekecewaan peminat selebriti antarabangsa, Alan Walker selepas pemuzik tersebut mengumumkan konsert Walkerworld Tour 2024 yang sepatutnya berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon di sini, hari ini ditunda.

Menerusi komen ditinggalkan pada Instagram pemuzik genre Electronic Dance Music (EDM) berusia 26 tahun itu, dia ‘mengorbankan’ cuti Hari Raya Aidiladha semata-mata mahu menghadiri konsert tersebut.

“Sanggup tak cuti raya haji sebab nak pergi ‘show’ kau lepas tu kau boleh tangguh,” luah seorang peminat wanita.

Dalam masa sama, ada juga peminat berkata, dia berebut cuti semata-mata mahu hadir ke konsert itu, namun ditangguhkan pula pada saat akhir.

“Saya berebut cuti nak pergi konsert. Sedihnya,” kata individu lain.

Kekecewaan turut diluahkan oleh peminat Walker dari luar negara yang mana mereka telah tiba di Malaysia bagi menghadiri konsert tersebut.

“Baru sampai Malaysia dari Pakistan dua jam lalu, berharap sangat dapat jumpa anda. Tak ada perkataan boleh saya katakan,” komen Zeeshan.

“Betul kah? Saya datang dari Australia ke Malaysia dan bercuti tiga hari untuk melihat anda. Saya sudah ambil cuti, kecewa sangat,” ujar Krys.

“Saya datang dari negara lain ke Malaysia. Sedih dan kecewa, ini pengumuman saat akhir,” kata Dexchor.

Semalam Kosmo! melaporkan Walker mengumumkan konsert Walkerworld Tour 2024 ditunda ke tarikh yang bakal diumumkan kelak.

Menurut Walker, keputusan menunda konsert tersebut terpaksa dilakukan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI