fbpx

Anwar luang masa ziarah sahabat lama, Mohd. Zaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) meluangkan masa menziarahi sahabat lamanya Mohd. Zaki yang menghidap Alzheimer, di Lembah Keramat, Kuala Lumpur semalam. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi sahabat lamanya iaitu pengasas dan tenaga pengajar Yayasan Anda, Mohd. Zaki Abdul Rahman yang menghidap Alzheimer, di Lembah Keramat, Kuala Lumpur semalam.

Anwar menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan, Mohd. Zaki merupakan rakan perjuangan ketika sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM).

“Kami sama-sama aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu (PBUM).

“Beliau juga merupakan rakan pengasas dan tenaga pengajar Yayasan Anda sekitar 1972 sehingga 1974 selain pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN),” katanya.

Dalam hantaran sama, Anwar turut mendoakan agar Mohd. Zaki dan keluarganya terus tabah dalam mendepani dugaan serta dikurniakan kekuatan untuk menjalani kehidupan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI