fbpx

Agihan tapak di Mina bukan kuasa Tabung Haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED Saleh (dua dari kanan) ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada Sahabat Maktab

MEKAH – Agihan kawasan tapak perkhemahan untuk jemaah haji termasuk dari Malaysia bukan di bawah tanggungjawab Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji)

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ia sebaliknya di bawah tanggungjawab dan ketetapan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Malah katanya, kawasan sempadan di Mina juga terhad dengan mengikut keluasan tersendiri dan bukan boleh ditambah sesuka hati.

“Kalau mereka nak letak (tambah) lagi kepada sejuta atau 10 juta hektar pun, itulah sempadan Mina.

“Ia tidak boleh ditambah pun kawasan berkenaan,” katanya dalam majlis penghargaan dan pelancaran logo Sahabat Maktab hari ini.

Tambah Syed Saleh lagi, keluasan khemah untuk jemaah haji juga dibuat dengan mengikut kuota yang diberikan kerajaan Arab Saudi kepada setiap negara.

“Kalau kuota yang kita dapat ialah sebanyak 31,600, maka saiznya diberi mengikut jumlah berkenaan.

“Begitu juga kalau kita ambil 1,000 jemaah haji. Keluasan diberi mengikut jumlah kuota jemaah yang diberikan,” ujarnya.

Tambah Syed Saleh, Tabung Haji telah melakukan beberapa penambahbaikkan sejak beberapa tahun lalu.

“Sekarang khemah kita telah pun dipasangkan jubin, permaidani dan tidak lagi berpasir.

“Selain itu turut dilengkapi dengan penghawa dingin,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI