fbpx

42 beg jumbo dijumpai di Kulim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 42 beg jumbo disyaki mengandungi buangan terjadual ditemui di kawasan lapang di Kulim, hari ini.

KULIM – Sebanyak 42 beg jumbo disyaki mengandungi bahan buangan terjadual ditemui diletakkan di kawasan lapang dekat Naga Lilit, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, buangan itu dikesan pasukan peronda JAS kira-kira pukul 10 pagi.

Katanya, kawasan tersebut didapati turut menjadi kawasan pembuangan sisa pepejal.

“Buangan itu didapati dibungkus menggunakan nama sebuah syarikat terkemuka, walau bagaimanapun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar buangan.

“JAS juga akan mengesan pemilik tanah, selain sampel buangan diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan mengenal pasti dan mengesahkan jenis buangan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, sekiranya buangan bukan dikategorikan sebagai bukan buangan terjadual, kes akan diserahkan kepada agensi yang mengawal selia sisa pepejal untuk tindakan lanjut.

“JAS juga akan memaklumkan insiden ini kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah berkaitan untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, sekiranya buangan didapati adalah buangan terjadual, tindakan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI